EKONOMI

IPG PENEROKA GETAH TIDAK DIAKTIFKAN BAGI APRIL 2026

30/04/2026 09:10 PM

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) memaklumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi getah sekerap dan lateks tidak diaktifkan bagi April 2026 di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

Dalam kenyataan, LGM memaklumkan IPG akan diaktifkan sekiranya purata harga bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap (cuplump) berada pada paras RM3.00 sekilogram atau ke bawah, manakala IPG bagi lateks akan diaktifkan serentak dengan IPG getah sekerap.

Kadar IPG bagi lateks ditetapkan pada 90 sen sekilogram bagi lateks dengan kandungan getah kering 100 peratus.

Menurut LGM, purata harga getah sekerap pada April 2026 di Semenanjung ialah RM3.45 sekilogram, Sabah RM3.15 sekilogram dan Sarawak RM3.00 sekilogram, sekali gus menyebabkan tiada bayaran IPG dibuat bagi bulan tersebut.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan