AM

RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI KL DAN LAPAN NEGERI HINGGA 3 PETANG - METMALAYSIA

03/05/2026 01:37 PM

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda ibu negara serta lapan negeri lain sehingga jam 3 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia menerusi amaran yang dikeluarkan pada 12.30 tengah hari ini, memaklumkan kawasan terlibat di Kedah ialah Langkawi, manakala di Perak melibatkan daerah Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang serta Mualim.

Di Pantai Timur, amaran sama dikeluarkan bagi Dungun dan Kemaman di Terengganu, selain beberapa kawasan di Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Kuantan, Pekan serta Rompin.

Selain seluruh Kuala Lumpur dan beberapa daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat, Hulu Langat serta Sepang, juga diramal mengalami cuaca sama.

Selain itu, keadaan sama dijangka melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Rembau) serta Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Bagi Sabah, amaran melibatkan kawasan Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat (Pitas dan Kudat).

-- BERNAMA



 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan