KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi hari ini yang menjejaki kenaikan di pasaran tunai.
Pada 9.34 pagi, kontrak bulan semerta Mei 2026 meningkat 3.5 mata kepada 1,767.0, Jun 2026 menambah 5.5 mata kepada 1,768.0, September 2026 menokok enam mata kepada 1,750.0 dan Disember 2026 naik 4.5 mata kepada 1,751.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,834 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,417 kontrak.
FBM KLCI meningkat 7.56 mata kepada 1,764.43 daripada 1,756.87 semasa ditutup pada Rabu selepas 39 minit dagangan.
-- BERNAMA
