Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Khamis dalam kenaikan niaga hadapan getah serantau tetapi dikekang oleh harga minyak yang rendah dan ringgit yang lebih kukuh, kata peniaga.
Beliau berkata niaga hadapan getah Jepun meningkat pada Khamis, didorong oleh jangkaan kekurangan bekalan selanjutnya dalam gangguan berkaitan cuaca.
Katanya agensi meteorologi Thailand memberi amaran mengenai ribut dari 7 hingga 12 Mei 2026 dan mengingatkan kepada golongan petani tentang kerosakan tanaman dan banjir kilat.
Katanya sentimen disokong oleh perkembangan positif dalam industri getah asli dan sektor kenderaan tenaga baharu selain harapan terhadap rundingan damai Asia Barat yang baharu.
“Bagaimanapun, peningkatan dikekang oleh harga minyak mentah yang rendah, ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS berikutan rantaian bekalan yang meningkat dan tekanan ekonomi daripada krisis Asia Barat memberi impak kepada prospek lebih luas,” katanya kepada Bernama.
Selain itu, katanya peniaga turut memantau ramalan El Nino, yang dikatakan paling kuat dalam tempoh sedekad.
Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 meningkat 9.5 sen kepada 880 sen sekilogram manakala susu getah pukal menurun empat sen kepada 750 sen sekilogram.
-- BERNAMA
