KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah hari ini.
Pada 9.25 pagi, kontrak Mei 2026 dan Jun 2026 masing-masing susut empat mata kepada 1,751.50 dan 1,750.5, September 2026 turun tiga mata kepada 1,733.0 manakala Disember 2026 berkurangan 2.5 mata kepada 1,734.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,319 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 34,293 kontrak.
FBM KLCI susut 0.71 mata kepada 1,749.85 daripada 1,750.56 semasa ditutup pada Selasa selepas 43 minit dagangan.
-- BERNAMA
