KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Rabu, sejajar dengan prestasi lemah dalam pasaran tunai.
Kontrak Mei 2026, Jun 2026 dan September 2026 susut 5.0 mata masing-masing kepada 1,750.5, 1,749.5 dan 1,731.0, manakala kontrak Disember 2026 merosot 4.5 mata kepada 1,732.5.
Jumlah dagangan meningkat kepada 8,111 lot daripada 5,760 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 39,442 kontrak daripada 37,831 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) penanda aras berkurang 4.25 mata atau 0.24 peratus kepada 1,746.31 daripada 1,750.56 ketika ditutup pada Selasa.
-- BERNAMA
