| BERITA TERGEMPAR | Over RM15 billion in financing support provided to micro, small and medium enterprises this year - MoF | |
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan United Kingdom (UK) terus memperkukuh hubungan kerjasama dalam bidang tenaga hijau serta pembangunan mampan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata UK kekal sebagai antara rakan perdagangan strategik penting Malaysia dan pelbagai insiatif dibincangkan demi manfaat bersama.
“Menerima kunjungan hormat Tuan Yang Terutama Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di Menara Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Putrajaya hari ini.
“Antara fokus utama perbincangan ialah kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan pembangunan mampan,” katanya selepas pertemuan itu.
Fadillah, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, berkata Ajay turut menyatakan komitmen untuk terus mempererat kerjasama Malaysia dan UK dalam sektor itu ke arah masa depan yang lebih lestari.
-- BERNAMA
