AM

GURU CAHAYA DALAM PERJALANAN ILMU - FAHMI

16/05/2026 01:50 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas jasa dan pengorbanan mereka bersempena dengan sambutan Hari Guru hari ini.

Menerusi hantaran dalam media sosial, beliau menyifatkan guru sebagai cahaya dalam perjalanan ilmu setiap insan.

“Setiap penat lelah dan pengorbanan cikgu amat bermakna buat kami.

“Jasa cikgu tidak mampu dibalas, hanya doa agar cikgu sentiasa diberikan kebahagiaan dan keberkatan,”  katanya.

Hari Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan sumbangan guru dalam pembangunan pendidikan negara, dengan tema tahun ini "Guru Bitara Nadi Negara".

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan