POLITIK

AHMAD SAMSURI KETUA PEMBANGKANG BAHARU DEWAN RAKYAT

16/05/2026 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu di Dewan Rakyat, menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Takiyuddin Hassan menerusi satu kenyataan berkata pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu, diputuskan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini, hari ini.

Selain itu, Takiyuddin memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan Ahmad Samsuri turut memutuskan pelantikan Pengerusi PN bagi setiap negeri, antaranya Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi PN Selangor.

Bagaimanapun, pelantikan Pengerusi PN bagi Negeri Sembilan ditangguhkan buat masa ini.

-- BERNAMA

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan