AM

AGENSI KERAJAAN, BADAN PENGUAT KUASA PARLIMEN INDERA MAHKOTA, KUANTAN TERIMA SUMBANGAN LEMBU KORBAN

16/05/2026 11:23 PM

KUANTAN, 16 Mei (Bernama) -- Agensi kerajaan, badan penguat kuasa, masjid, surau dan pertubuhan komuniti di Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan, menerima sumbagan lembu korban di sini hari ini. 

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi berkata sumbangan, diserahkan antara lain bagi memastikan kelancaran ibadah korban tahun ini, di samping mempererat ukhuwah bersama.

“Program tahunan ini merupakan manifestasi komitmen berterusan kita dalam memperkukuh nilai kebajikan, menyuburkan semangat gotong-royong, serta menyantuni masyarakat pada peringkat akar umbi,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

Sumbangan itu disampaikan dalam Majlis Penyerahan Sumbangan Lembu Korban bagi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan di Masjid Tengku Abdullah Al Haj, Chengal Lempong.

Dalam pada itu, Ahmad Farhan menzahirkan terima kasih kepada pihak pengurusan masjid, agensi terlibat, sukarelawan dan penyumbang.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan