KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Scanwolf Corporation Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya, Scanwolf Trading and Construction Sdn Bhd, menerima surat lantikan (LOA) daripada Sg Besi Construction Sdn Bhd untuk kontrak bernilai RM21 juta.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Scanwolf Corp menyatakan subkontrak itu merangkumi kerja-kerja pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan sebuah blok kilang sembilan tingkat di Klang, Selangor, untuk Tetuan Armani Maker Alliance Sdn Bhd.
"Kerja-kerja subkontrak itu akan bermula pada 12 Jun, 2026 dan dijangka selesai pada 11 Jun, 2027," jelasnya.
Scanwolf Corp menyatakan LOA itu tidak akan menjejaskan modal saham dan struktur pegangan saham syarikat.
"Bagaimanapun, ia dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan dan aset bersih sesaham syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026 dan Jun 2027," tambahnya.
-- BERNAMA
