AM

GEMPA BUMI SEDERHANA DI MINDANAO, TIADA ANCAMAN TSUNAMI KEPADA MALAYSIA - METMALAYSIA

18/06/2026 04:32 PM

KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Satu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 2.57 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada kedalaman 24 kilometer (km) dengan pusat gempa dikesan 98 km dari tenggara Koronadal City.

Menurut MetMalaysia, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pada 8 Jun lepas, gempa bumi kuat bermagnitud 7.8 melanda Mindanao, mengorbankan sekurang-kurangnya 61 nyawa dengan lebih 346,000 penduduk terjejas akibat bencana itu.

Beberapa gempa susulan dilaporkan turut dikesan selepas itu.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan