POLITIK

BERSAMA UMUM CALON PRN JOHOR JUMAAT INI

21/06/2026 12:10 AM

KOTA BHARU, 20 Jun (Bernama) -- Parti Bersama Malaysia (Bersama) akan mengumumkan barisan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Johor Bahru, Jumaat ini.

Pemimpin parti itu, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata setakat ini, pihaknya sudah menyelesaikan tapisan senarai calon, namun tidak menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi parti itu.

"Saya baru buka dalam seminggu lebih ini, permohonan kepada individu yang berminat untuk menjadi calon bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan dan kita sudah ada lebih 300 calon yang tampil.

"Calon-calon ini kena isi borang, kena melalui proses temu duga, malah soalan yang ditanya secara rawak berdasarkan maklumat peribadi dan pengalaman," katanya ketika berucap pada Jelajah Kancil di Pantai Cahaya Bulan di sini malam ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Julai sebagai hari mengundi bagi PRN Johor dengan 27 Jun sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 7 Julai.

-- BERNAMA

 

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan