DUNIA

FORUM CEO APEC 2026 BERLANGSUNG DI BEIJING

22/06/2026 02:45 PM

BEIJING, 22 Jun (Bernama-CMG) -- Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2026 berlangsung di sini pada Ahad.

Para peserta mengadakan perbincangan mendalam mengenai beberapa topik utama termasuk integrasi ekonomi serantau, kesalinghubungan dan kecerdasan buatan (AI).

Mereka secara umumnya sepakat bahawa semua pihak perlu terus mempertahankan sistem perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), menentang amalan unilateral dan  proteksionisme serta menggalakkan liberalisasi perdagangan dan pelaburan.

-- BERNAMA-CMG

 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan