JOHOR BAHRU, 24 Jun (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Johor hari ini mengumumkan senarai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Ke-16 yang menampilkan gabungan strategik penyandang berpengalaman dan muka baharu bagi mempertahankan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Senarai calon berkenaan yang terdiri daripada 37 calon UMNO, 15 MCA dan empat MIC itu diumumkan oleh Pengerusi BN Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Majlis Pengumuman Calon BN di Pejabat Badan Perhubungan UMNO Johor, di sini.
Onn Hafiz berkata pemilihan calon dibuat selepas mendapat mandat serta persetujuan Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Onn Hafiz yang juga Menteri Besar Johor akan mempertahankan kerusi DUN Machap yang dimenanginya pada PRN 2022.
Antara nama yang turut mencuri tumpuan ialah bekas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang dipertaruhkan di DUN Pasir Raja.
Adham yang juga Ketua UMNO Bahagian Tenggara pernah menyandang kerusi DUN Pasir Raja selama dua penggal dari 2008 hingga 2018, selain menjadi Ahli Parlimen Tenggara selama dua penggal dari 2004 hingga 2008 serta 2018 hingga 2022.
Di DUN Benut, bekas Menteri Besar Johor yang juga penyandang kerusi berkenaan Datuk Seri Hasni Mohammad tidak dicalonkan pada PRN kali ini.
Sebaliknya, BN mempertaruhkan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia Datuk Mohd Sumali Reduan untuk mempertahankan kerusi tersebut.
Dalam pada itu, sembilan daripada 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang bertanding pada PRN 2022 dikekalkan sebagai calon.
Hanya Khairin-Nisa Ismail @ Md On, yang sebelum ini merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor, tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi DUN Serom.
Dalam ucapannya, Onn Hafiz mengingatkan semua calon bahawa pencalonan bukan satu hadiah atau keistimewaan, sebaliknya amanah serta tanggungjawab besar yang perlu digalas dengan penuh integriti.
Beliau berkata semua calon perlu berkempen secara berhemah, beradab dan bijaksana selaras dengan nilai yang menjadi pegangan rakyat Johor.
“Kepada mereka yang tidak terpilih, saya merayu agar kita terus bersama dalam perjuangan ini. Perjuangan kita lebih besar daripada mana-mana individu mahupun jawatan,” katanya.
Berikut merupakan senarai calon BN bagi PRN Johor Ke-16:
1. N01 Buloh Kasap: Datuk Zahari Sarip (UMNO)
2. N02 Jementah: See Ann Giap (MCA)
3. N03 Pemanis: Anuar Abd Manap (UMNO)
4. N04 Kemelah: K.Raven Kumar (MIC)
5. N05 Tenang: Mohd Azahar Ibrahim (UMNO)
6. N06 Bekok: Tan Chong (MCA)
7. N07 Bukit Kepong: Ahmad Syar'e Yusof (UMNO)
8. N08 Bukit Pasir: Mohamad Fazli Mohamad Salleh (UMNO)
9. N09 Gambir: Sahrihan Jani (UMNO)
10. N10 Tangkak: Haw Chin Teck (MCA)
11. N11 Serom: Nadhirah Afiqah Abdull Rahim (UMNO)
12. N12 Bentayan: Chua Lee Huat (MCA)
13. N13 Simpang Jeram: Datuk Azman Ismail (UMNO)
14. N14 Bukit Naning: Mohd Ghazali Sabari @ Atan (UMNO)
15. N15 Maharani: Datuk Ashari Md Sarip (UMNO)
16. N16 Sungai Balang: Selamat Takim (UMNO)
17. N17 Semerah: Mohd Fared Mohd Khalid (UMNO)
18. N18 Sri Medan: Datuk Zulkurnain Kamisan (UMNO)
19. N19 Yong Peng: Ling Tian Soon (MCA)
20. N20 Semarang: Datuk Samsolbari Jamali (UMNO)
21. N21 Parit Yaani: Datuk Mohamad Najib Samuri (UMNO)
22. N22 Parit Raja: Nor Rashidah Ramli (UMNO)
23. N23 Penggaram: Boo Chin Liong (MCA)
24. N24 Senggarang: Mohd Yusla Ismail (UMNO)
25. N25 Rengit: Zaidi Japar (UMNO)
26. N26 Machap: Datuk Onn Hafiz Ghazi (UMNO)
27. N27 Layang-Layang: Chua Jian Boon (MCA)
28. N28 Mengkibol: Yap Zhi Peng (MCA)
29. N29 Mahkota: Syed Hussien Syed Abdullah (UMNO)
30. N30 Paloh: Lee Ting Han (MCA)
31. N31 Kahang: V.Rugendran (MIC)
32. N32 Endau: Alwiyah Talib (UMNO)
33. N33 Tenggaroh: Mohd Youzaimi Yusof (UMNO)
34. N34 Panti: Dr Muhammad Naqib Md Ghazali (UMNO)
35. N35 Pasir Raja: Datuk Seri Adham Baba (UMNO)
36. N36 Sedili: Muszaidee Makmor (UMNO)
37. N37 Johor Lama: Norliza Noh (UMNO)
38. N38 Penawar: Fauziah Misri (UMNO)
39. N39 Tanjung Surat: Aznan Tamin (UMNO)
40. N40 Tiram: Datuk Abdul Halim Suleiman (UMNO)
41. N41 Puteri Wangsa: Teow Chia Ling (MCA)
42. N42 Johor Jaya: Chan San San (MCA)
43. N43 Permas: Baharudin Mohamed Taib (UMNO)
44. N44 Larkin: Mohd Hairi Mad Shah (UMNO)
45. N45 Stulang: Bong Seng Heng (MCA)
46. N46 Perling: P.Pannir Selvam (MIC)
47. N47 Kempas: Datuk Ramlee Bohani (UMNO)
48. N48 Skudai: Tan Hiang Kee (MCA)
49. N49 Kota Iskandar: Datuk Pandak Ahmad (UMNO)
50. N50 Bukit Permai: Datuk Mohd Jafni Md Shukor (UMNO)
51. N51 Bukit Batu: R.Kumaran (MIC)
52. N52 Senai: Tai Chee Chee (MCA)
53. N53 Benut: Datuk Mohd Sumali Reduan (UMNO)
54. N54 Pulai Sebatang: Hasrunizah Hassan (UMNO)
55. N55 Pekan Nanas: Tan Eng Meng (MCA)
56. N56 Kukup: Md Israk Abdullah (UMNO)
-- BERNAMA
