DUNIA

RINGGIT TINGGI BERBANDING DOLAR AS DALAM DAGANGAN AWAL

30/06/2026 09:28 AM

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, seiring dengan Indeks Dolar AS (DXY) yang rendah berikutan peniaga melaraskan kedudukan pelaburan menjelang data pasaran buruh utama dan keyakinan pengguna AS dikeluarkan.

Pada 8.03 pagi, mata wang tempatan berada pada 4.0605/0730 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0735 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS kekal pada paras yang tinggi berikutan tiada data ekonomi utama yang dapat menggerakkan pasaran manakala DXY dicatatkan pada 101.10 mata, menurun 0.25 peratus daripada paras ditutup sebelum ini.

“Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.06 hingga 4.08 dan peniaga terus memantau data ekonomi AS.

“Malam ini, laporan Kekosongan Pekerjaan dan Perolehan Tenaga Buruh (JOLTS) serta Indeks Keyakinan Pengguna (CCI) Lembaga Persidangan AS akan dikeluarkan, dengan keyakinan dalam kalangan pengguna dijangka meningkat pada Jun,” katanya kepada Bernama.

Pada sesi pembukaan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia menurun berbanding pound kepada 5.3810/3975 daripada 5.3767/3839 semasa ditutup pada Isnin, meningkat berbanding euro kepada 4.6363/6506 daripada 4.6383/6446 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.5073/5151 daripada 2.5128/5164.

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang serantau.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1406/1505 daripada 3.1445/1490 semasa ditutup pada Isnin, hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia kepada 227.4/228.2 daripada 227.8/228.3 dan mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.63/6.66 daripada 6.65/6.66

Mata wang tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.1966/2412 daripada 12.2199/2412 sebelum ini. 

-- BERNAMA


 


 

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan