JASIN, 30 Jun (Bernama) -- Pergerakan Pemuda UMNO menaruh keyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) berkemampuan memperoleh keputusan positif pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan sambutan terhadap gerak kerja kempen yang dilaksanakan setakat ini.
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh berkata momentum sokongan terhadap parti itu dilihat amat memberangsangkan terutamanya daripada pengundi muda.
"Apabila kita melihat sokongan daripada orang muda, kita dapati momentum itu sangat baik dan Insya-Allah kita mempunyai peluang yang baik," katanya kepada pemberita di Selandar, di sini, hari ini.
Beliau berkata BN menampilkan 13 calon muda pada PRN kali ini dengan enam daripadanya wakil Pergerakan Pemuda UMNO, membuktikan BN memberi ruang kepada golongan muda untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat dan pemimpin.
Katanya, persiapan jentera Pemuda UMNO kini berada pada tahap kesiapsiagaan penuh iaitu 100 peratus untuk menghadapi beberapa pilihan raya negeri tahun ini.
-- BERNAMA
