DUNIA

NIAGA HADAPAN KLCI DIBUKA TINGGI

01/07/2026 10:22 AM

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu, seiring dengan kadar asas pasaran tunai yang positif.

Pada 9.33 pagi, kontrak bulan Julai 2026 naik empat mata kepada 1,674.5, Ogos 2026 dan September 2026 meningkat 5.5 mata masing-masing kepada 1,676.0 dan 1,659.0, manakala Disember 2026 menokok 3.5 mata kepada 1,659.5.

Jumlah dagangan pada 1,960 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 29,907 kontrak.

Pada 10.07 pagi, FBM KLCI melonjak 3.37 mata kepada 1,667.43 daripada 1,664.06 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan