EKONOMI

Gm Klang Anjur Kempen 'spend, Download And Redeem' Bermula 15 Jan Ini

14/01/2024 11:25 AM

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Pusat Borong Terbesar di Malaysia, GM Klang membuka tirai 2024 dengan mengadakan Kempen ‘Spend, Download and Redeem’ yang bermula Isnin ini hingga 18 Feb sempena ulang tahun ke-15 pusat borong berkenaan. 

Pengurus Kanan Komunikasi Jenama Pusat Borong GM Klang Norsuhaida Othman berkata pengunjung hanya perlu berbelanja minimum di mana-mana kedai di GM Klang serta memuat turun Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang untuk menebus cenderahati eksklusif ulang tahun iaitu bantal custom dari GM Klang.

“Hari penebusan pula akan diadakan pada setiap hujung minggu bermula 20 Jan sehingga berakhirnya kempen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kempen itu dilaksanakan bagi menghargai sokongan dan kesetiaan para pengunjung yang sentiasa memilih GM Klang sebagai destinasi pilihan membeli belah.

“Sepanjang 15 tahun kewujudan, GM Klang telah memperoleh pelbagai kejayaan dan pencapaian yang meletakkan posisi GM Klang ke tahap sekarang,” katanya.

Selain itu, Norsuhaida berkata pelbagai aktiviti dirangka sehingga hujung tahun ini bagi memeriahkan lagi sambutan ulang tahun GM Klang, dan Aplikasi Komuniti Bisnes GM Klang turut dinaik taraf dengan ciri-ciri baharu yang menampilkan pelbagai ganjaran istimewa untuk meningkatkan lagi pengalaman beli-belah buat pengunjung.

“Kami mengalu-alukan kehadiran orang ramai untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam program yang telah dirancang ini bagi sama-sama menyambut ulang tahun GM Klang yang ke-15,” katanya.

-- BERNAMA


 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan