AM

Perlis negeri paling selamat di jalan raya

21/01/2020 06:37 PM

KANGAR, 21 Jan -- Perlis diiktiraf negeri paling selamat di jalan raya di negara ini dengan kadar kemalangan 0.3 peratus, jauh lebih rendah berbanding negeri-negeri lain sehingga penghujung 2019.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad berkata tahun lepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) menobatkan Perlis sebagai negeri paling rendah kadar kemalangan dan beliau berharap pencapaian itu akan terus dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

"Perbandingan dibuat bukan berdasarkan saiz negeri yang kecil tetapi dinilai berdasarkan jumlah penduduk. Ini menunjukkan tahap kepekaan rakyat  Perlis dalam mengutamakan aspek keselamatan di jalan raya adalah tinggi berbanding negeri-negeri lain,” katanya kepada media pada pelancaran Op Selamat sempena perayaan Tahun Baharu Cina di hadapan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini, hari ini.

Surina berkata dalam masa tiga hari Ops Selamat bermula 18 Jan, 836 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dan tiada kemalangan maut dilaporkan.

Op Selamat 16/2020 Tahun Baharu Cina yang berakhir pada 1 Feb ini memberi fokus  kepada kesalahan memandu di lorong kecemasan, memotong garisan berkembar, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memandu melebihi had laju dan kesalahan  melanggar lampu isyarat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan