PUTRAJAYA, 8 Mei (Bernama) -- Seorang pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menerima pengiktirafan tertinggi dalam bidang kejuruteraan di Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.
JPA dalam satu kenyataan hari ini berkata, Muhamad Saiful Hakimi Daud, 24, dari Sungai Petani, Kedah, telah dianugerahkan Marshal Kehormat Kejuruteraan College of Earth and Mineral Sciences', di Pegula Ice Arena pada 3 Mei.
"Beliau merupakan pelajar Malaysia pertama yang dipilih untuk menerima anugerah itu dengan skor penuh Purata Nilai Gred Kumulatiff (PNGK) 4.0," katanya.
JPA berkata wakil Pennsylvania State University telah memuji Muhamad Saiful Hakimi atas pencapaian akademiknya, serta kemahiran kepimpinan yang tinggi.
Muhamad Saiful Hakimi kini mengikuti Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Petroleum and Natural Gas Engineering Minor in Energy Business and Finance di Pennsylvania State University.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial