AM

Perbincangan HSR Malaysia-Singapura bulan ini

06/08/2018 03:37 PM

KUALA LUMPUR,  6 Ogos (Bernama) -- Perbincangan antara Malaysia dan Singapura  mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan diadakan pada bulan ini, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Mesyuarat rasmi berlangsung pada Ogos. 

“Semalam, saya ke Singapura melawat Tan Sri Muhyiddin Yassin (Menteri Dalam Negeri), dan saya ambil peluang bertemu pegawai kanan rasmi Singapura untuk berbincang mengenai HSR. Ia berlangsung dengan positif,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata kerajaan Malaysia akan berunding dengan Singapura untuk menangguhkan pelaksanaan projek HSR.

Kerajaan Pakatan Harapan juga mendedahkan bahawa kos sebenar landasan kereta api sepanjang 350km yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura itu ialah RM110 bilion, sekali ganda  daripada  RM55 bilion yang diumumkan pentadbiran Barisan Nasional sebelum ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan