BERITA TERGEMPAR | Sounds of explosions have been heard in and near the Iranian capital, Tehran- IRNA | |
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) maut ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong.
Komander Operasi JBPM daripada Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya, Roslan Long ketika dihubungi berkata mangsa yang lemas terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25 dan Yahya Ali, 24.
Dua lagi mangsa adalah daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.
Difahamkan mayat kesemua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.19 petang sebelum lapan pegawai dan anggota sampai di lokasi 30 minit kemudian untuk operasi mencari dan menyelamat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong berkenaan ketika memancing bersama dua lagi rakannya.
Remaja berusia 17 tahun itu masih belum ditemui.
Terdahulu, Pengarah JPBM Selangor Azmi Osman berkata kesemua anggota PPDA berjaya dinaikkan ke darat sebelum pasukan perubatan yang berada di lokasi membuat resusitasi kardiopulmonari (CPR) untuk menyelamatkan mereka tetapi gagal.
“Kesemua enam pegawai bomba disahkan meninggal dunia,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial