EKONOMI

SEDA lancar sistem pemantauan Solar PV pertama di Malaysia

18/10/2018 01:17 AM

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) – Pihak Berkuasa  Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia hari ini melancarkan Sistem Pemantauan Solar PV (PVMS) yang pertama di negara.

PVMS akan memberi petunjuk kepada pangkalan data prestasi  yang memantau sistem Fotovolta suria (PV) terpilih yang bersambung grid untuk prestasi dan kebolehpercayaan. 

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin melancarkannya pada Pameran dan Persidangan Produk Eko dan Teknologi Hijau Antarabangsa (IGEM) 2018 di sini hari ini.

Selain bertindak sebagai platform maklumat untuk PV solar di negara ini, PVMS  turut berfungsi memantau modul PV dan inverter. Sistem  pemantauan berkenaan sedia untuk langganan.

“Buat masa ini, kita sudah mempunyai 120 sistem PV yang bersambung grid  dengan pantauan pada asas masa nyata di seluruh Malaysia. 

“Malah kita juga sasarkan untuk mempunyai sehingga 150 kawasan PV grid bersambung pada hujung tahun ini sekaligus membekalkan pangkalan data yang besar,” kata Yeo selepas merasmikan pelancaran PVMS itu. 

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SEDA Malaysia Dr Wei-nee Chen.

PVMS dibiayai oleh Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESITA) di bawah kementerian.

Dalam pada itu, SEDA turut memperkenalkan Pelan Insurans Solar Fotovolta sebagai inisiatif untuk melindungi aset pelabur selain mengatasi jurang berkaitan isu selepas pemasangan yang ada di negara ini yang kurang di pasaran.

“Kita tahu pemain industri berhadapan dengan pelbagai risiko, apa sahaja boleh terjadi dengan panel solar. 

“Jadi kita mengalu-alukan lebih banyak syarikat insurans menawarkan perkhidmatan mereka, sekurang-kurangnya kita ada lebih banyak pilihan,” tambahnya. 

Produk insurans inovatif tersebut oleh Allianz Malaysia Bhd melalui Anora Agency Sdn Bhd dalam kerjasama Persatuan Industri Fotovolta Malaysia (MPIA).

--BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan