AM

UCSI TERIMA PENGIKTIRAFAN SEBAGAI PUSAT KEPAKARAN SERANTAU SDG

24/10/2018 03:04 PM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) – Universiti UCSI menjadi universiti swasta pertama di Malaysia diiktiraf sebagai Pusat Kepakaran Serantau untuk penyelidikan pembangunan lestari (SDG) oleh Universiti Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pengiktirafan  berkenaan bagi usaha kampus Sarawak yang mempromosikan SDG atau sasaran pembangunan lestari yang diketengahkan oleh Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu, koleksi 17 sasaran global yang merangkumi isu pembangunan sosial dan ekonomi.

Status berkenaan diberikan kepada universiti-universiti yang mempromosikan pendidikan SDG melalui kemajuan kajian yang memberikan impak pada peringkat tempatan untuk meningkatkan kesedaran tentang perubahan masyarakat, ekonomi dan tabiat.

Dalam satu kenyataan, Naib Canselor dan Presiden UCSI, Profesor Datuk Dr Khalid Yusoff berkata, pengiktirafan antarabangsa itu membuktikan usaha dan inisiatif warga universiti yang telah memberikan kesan positif kepada komuniti dengan mengekalkan keseimbangan ekologi dan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan SDG.

“Kami amat komited untuk terus memajukan universiti dan berharap usaha ini dapat menerapkan nilai-nilai murni pada pendidikan tinggi,” katanya.

Di Sarawak, UCSI memperjuangkan enam inisiatif yang memberi tumpuan kepada Pendidikan Berkualiti (SDG 4), Pembersihan Air dan Sanitasi (SDG 6), Bandar dan Komuniti Lestari (SDG 11) dan Kehidupan Di Darat (SDG 15).

Antara aktiviti yang dianjurkan ialah ‘RCE Youth Ambassador Programme’ iaitu kerjasama antara para pelajar, komuniti tempatan dan agensi kerajaan untuk melaksanakan kempen 3R (guna semula, kurang guna, dan kitar semula) serta projek pemuliharaan air.

 

--BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan