AM

Rakyat Malaysia ke luar negara kini 'lebih daripada sepatutnya' - Tourism Malaysia

25/10/2018 05:46 PM

PUTRAJAYA, 25 Okt (Bernama) -- Jumlah rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara kini 'melebihi daripada yang sepatutnya', kata Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia yang menanggung tugas Ketua Pengarah Datuk Seri Abdul Khani Daud.

Menurutnya, secara kebiasaannya di kebanyakan negara 10 peratus daripada populasi melancong ke luar negara.

"Bagaimanapun di Malaysia jumlah yang melancong ke luar negara adalah 'melebihi daripada yang sepatutnya'," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Karnival Tourism Malaysia  ‘Its All Here’ di Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan di sini hari ini. 

Beliau berkata salah satu faktor yang menyumbang kepada semakin ramai rakyat Malaysia ke luar negara ialah kerana perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah.

"Rakyat Malaysia pun kebanyakannya dah suka kepada cabaran dan sukakan pengalaman baharu terutamanya golongan B40. Jumlah lulusan luar negara yang ramai juga menyebabkan golongan ini lebih tertarik untuk membawa keluarga melancong ke negara asing,”katanya.

Mengenai Karnival Tourism Malaysia yang bermula hari ini sehingga esok, Abdul Khani berkata ia bertujuan mempromosi produk pelancongan domestik kepada mereka yang bertugas di Putrajaya  memandangkan cuti persekolahan akan bermula bulan depan.

Antara yang terlibat dalam karnival berkenaan ialah pengusaha hotel dan taman tema serta ejen pelancongan yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus.  

 -- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan