AM

Pemansuhan hukuman mati: kajian menyeluruh perlu dilakukan

28/10/2018 11:40 PM

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kajian menyeluruh dengan mengambil kira implikasi yang akan dihadapi perlu dilakukan oleh kerajaan berhubung cadangan memansuhkan hukuman mati mandatori, kata bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai.

Beliau berkata pemansuhan hukuman mati akan memberi pelbagai kesan termasuk kepada masyarakat umumnya.

“Oleh itu, kajian itu juga harus mengambil kira pandangan masyarakat dan harus dikaji secara teliti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Reunion dan Makan Malam Bekas Pegawai dan Anggota Polis Daerah Brickfields di sini malam ini. 

Pada Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata langkah kerajaan untuk memansuhkan hukuman mati mandatori mendapat maklum balas positif daripada pihak antarabangsa. 

Sebelum itu, Liew turut memaklumkan kajian untuk memansuhkan hukuman mati mandatori di negara ini berada pada peringkat akhir sebelum dibentangkan kepada jemaah menteri.

Lebih 200 orang bekas pegawai dan anggota polis daerah Brickfields menghadiri majlis itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan