AM

Singapura sesuaikan susulan langkah Malaysia mansuh tol motosikal di Tuas

05/11/2018 09:17 AM

SINGAPURA, 5 Nov (Bernama) -- Orang ramai terutama penunggang motosikal akan dikecualikan daripada tol S$0.40 sen di tempat pemeriksaan Tuas sejajar dengan keputusan Malaysia untuk  memansuhkan tol di Linkedua pada tahun hadapan.

Memetik seorang jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT), The Straits Times dilaporkan berkata  bahawa kementerian berkenaan sedia maklum dengan langkah Malaysia untuk menamatkan tol motosikal di Linkedua itu mulai 1 Jan.

“Sekiranya Malaysia mengurang atau membatalkan bayaran tol motosikal di Linkedua itu, Singapura akan menyesuaikan kadar tol yang dikaji semula oleh Malaysia,” demikian jurucakap itu dipetik sebagai berkata.

Menurut MOT dasar sekian lama Singapura adalah menyesuaikan kadar tol dengan Malaysia.

“Ini mencerminkan ciri perkongsian Linkedua,” kata jurucakap kementerian berkenaan.

Ketika Belanjawan 2019 dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat lepas, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa tol untuk motosikal di Linkedua, Johor akan dimansuhkan mulai 1 Jan, 2019.

Pengarah Jabatan Imigresen  Johor, Datuk Rohaizi Bahari berkata, purata 40,000 penunggang  motosikal mengguna Linkedua setiap hari.

Pasa masa sekarang, penunggang motosikal membayar tol RM1.10 di laluan Linkedua Malaysia.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan