Sufficient water supply during drought in Selangor - MB [ 6h ago ]

Khususkan lorong kiri untuk motosikal, kurangi kemalangan maut

Tarikh kemaskini: 13/01/2019
Oleh Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Statistik Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) 2018 menunjukkan lebih 60 peratus daripada 6,742 kes kemalangan maut lalu lintas melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Berikutan itu, jabatan itu kini mengkaji cadangan untuk menghadkan lorong kiri jalan raya khusus untuk pengguna motosikal terutama kapcai sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan maut bagi pengguna kenderaan itu.

Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa berkata pihaknya kini sedang melihat keberkesanan pelaksanaan langkah itu di negara-negara maju seperti Hong Kong dan Australia.

Penggunaan lorong kiri untuk motosikal berkuasa kecil 150 cc dan ke bawah telah lama dipraktikkan di negara-negara tersebut, katanya.

Di Malaysia, nyawa penunggang dan pembonceng motosikal diibaratkan ‘telor di hujung tanduk’ apabila ada antara penunggang motosikal terutamanya yang berkuasa kecil menggunakan lorong tengah dan kanan jalan raya.
.....

       Berita Utama Terdahulu