AM

Perdana University, BookDoc meterai kerjasama

31/01/2019 09:04 AM

SERDANG, 30 Jan (Bernama) -- Perdana University dan BookDoc hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang penjagaan kesihatan dan latihan perubatan serta penyelidikan dan penerbitan selain membangunkan aplikasi mudah alih program penjagaan kesihatan.

MoU itu akan membuka laluan untuk kedua-dua pihak berkongsi data mengenai demografi rakyat Malaysia seperti obesiti mengikut kumpulan umur dan lokasi serta menggariskan program intervensi interaktif bagi pelbagai segmen.

MoU dimeterai oleh pemangku Naib Canselor Perdana University Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek dan pengasas BookDoc Datuk Chevy Beh di kampus universiti itu di sini.

Bercakap kepada pemberita selepas pemeteraian MoU itu, Fadhlullah Suhaimi berkata kerjasama tersebut juga membuka peluang bagi graduan sains kesihatan Perdana University bekerja di BookDoc, sebuah platform dalam talian bersepadu yang menghubungkan pesakit dan pakar penjagaan kesihatan.

Beh pula berkata BookDoc berhasrat menambah baik ekosistem penjagaan kesihatan di rantau ini menerusi kerjasama dengan universiti itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan