AM

Polis sedang kesan suspek kes bunuh di Gombak

21/02/2019 06:38 PM

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang suspek warga Myanmar bagi membantu siasatan kes seorang lelaki warga Nepal ditikam sehingga mati di sebuah apartmen di Taman Kip, Gombak pada 20 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Samsor Maarof berkata suspek dikenali sebagai Aung Soe Lwin, 41, dengan nombor pasport MC310488.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP P. Visvanathan di talian 019-4718571," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata polis juga sedang mengesan seorang suspek utama kes bunuh seorang lelaki tempatan di hadapan sebuah kilang di Kampung Sungai Dua Tambahan, Jalan Batu Arang, Rawang di sini pada 30 Julai lepas.

Beliau berkata suspek itu dikenali sebagai Y. Vijaya Kumar, 30, dan beralamat di No 11A, Jalan Garing Permai 4, Garing Permai, Serendah, Selangor.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan