BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 AM

Bomba akan terus cari Acap

30/03/2019 08:46 PM

BESUT, 30 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meneruskan  operasi mencari dan menyelamat (SAR) peserta Gopeng Ultra Trail, Mohammad Ashraf Hassan, 29, atau panggilan mesra Acap, meskipun pihak lain telah menghentikannya.

Ketua Pengarah JPBM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata pencarian itu tidak mempunyai tempoh tertentu, tetapi ia dilakukan dalam skala yang kecil sahaja.

“Walaupun ada agensi lain yang akan menamatkan SAR hari ini, tetapi bomba akan teruskan sehingga mangsa ditemui. Pencarian melibatkan skala kecil dan bergantung kepada keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Kempen Keselamatan Kebakaran Peringkat Negeri Terengganu tahun 2019 di Pulau Perhentian di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Mohammad Mantek.

Pada 23 Mac lalu, Mohammad Ashraf yang juga dikenali sebagai Acap berasal dari Muar, Johor, disedari hilang selepas beliau tidak tiba di garisan penamat meskipun pada mulanya berada pada kedudukan 10 peserta teratas bagi kategori 25 kilometer.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan