AM

Taib minta rakyat bersyukur negara terus aman bawah pimpinan PH

29/04/2019 12:43 PM

KUCHING, 29 April (Bernama) -- Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud berkata rakyat negeri itu seharusnya bersyukur kerana negara terus tenteram dan maju di bawah pimpinan kerajaan persekutuan yang baharu.

Katanya kerajaan negeri yang diterajui Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berusaha untuk mengekalkan hubungan yang baik denga kerajaan persekutuan bagi memastikan Sarawak terus menerima manfaat dari segi keamanan dan pembangunan negara.

“Menjadi harapan seluruh rakyat Sarawak agar kerajaan persekutuan terus memberi peruntukan yang mencukupi untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat negeri ini,” katanya  ketika berucap pada pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-18 di sini hari ini.

Beliau berkata agenda pembangunan harus diteruskan dan kepentingan rakyat Sarawak mesti diutamakan.

Abdul Taib juga berkata sekalipun persekitaran ekonomi dunia tidak menentu, ekonomi Sarawak terus berkembang dan mencatat pertumbuhan yang positif pada kadar 4.6 peratus pada 2018.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan