KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Sebuah portal berita tersalah lapor apabila menyatakan Malaysia disenaraikan di bawah program pengecualian visa Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar Negeri.
Sehingga kini, tiada sebarang perubahan dalam status program itu bagi rakyat Malaysia.
“Rakyat Malaysia yang mahu berkunjung ke Amerika Syarikat masih perlu memohon visa seperti biasa,” jelas kementerian itu menerusi satu kenyataan hari ini.
Kenyataan itu menyebut maklumat yang salah itu terkandung dalam artikel bertajuk ‘Amerika Masukkan Jamaica, 9 Lagi Negara ke dalam Program Pengecualian Visa’ menerusi pautan berita news-ap.com.
“Kementerian menggesa supaya dihentikan segera penyebaran berita itu menerusi aplikasi WhatsApp atau sebarang saluran sosial atau komunikasi yang lain,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial