DUNIA

Kedutaan Ukraine adakan Hari Peringati Mangsa Perang Dunia ll

11/05/2019 09:44 AM

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Kedutaan Ukraine di Malaysia, bersama dengan komuniti Ukraine di Kuala Lumpur, meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara pada Rabu sempena memperingati mangsa Perang Dunia II. 

Dalam satu kenyataan pada Khamis, kedutaan itu berkata sudah menjadi tradisi baharu bagi penduduk Ukraine di seluruh dunia untuk mengadakan hari memperingati mangsa yang terkorban dalam peperangan yang tercetus pada 1939 hingga 1945.

Acara itu diketuai Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.

"Hari ini kita memperingati lebih 80 juta orang yang terkorban termasuk tentera, orang awam, kanak-kanak dan warga tua," kata kenyataan itu.

Ukraine satu daripada negara paling teruk terjejas, hampir 10 juta rakyatnya menjadi korban.

Di bawah resolusi 59/26 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Nov 2004, menetapkan 8 Mei dan 9 Mei sebagai hari memperingati mangsa Perang Dunia II.

Di Ukraine, hari memperingati mangsa Perang Dunia II adalah pada 8 Mei manakala 9 Mei sebagai Hari Kemenangan ke atas Nazisme.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2026 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan