AM

Bantu bina semula negara mengikut kemampuan - Dr Wan Azizah

31/05/2019 03:46 PM

Daripada Muammar Eusouffi Zainol Abidin

JEDDAH, 31 Mei (Bernama) -- Rakyat Malaysia di Arab Saudi diminta bersama-sama membantu kerajaan membina semula negara selepas tampuk pemerintahan negara bertukar tangan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata mereka boleh membantu mengikut kemampuan masing-masing seperti memberi input membina supaya dasar yang lebih efektif dapat diperkenalkan. 

"Membina semula negara selepas apa yang telah berlaku bukanlah satu perkara yang mudah, tetapi ia tidak mustahil. 

"Kita perlu membetulkan keadaan dalam masa yang sama meneruskan pertumbuhan ekonomi negara yang memberi manfaat kepada semua rakyat," katanya. 

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis berbuka puasa bersama diaspora Malaysia di sini pada Khamis. 

Dr Wan Azizah berkata setiap rakyat juga boleh menjadi ‘duta’ kepada negara dalam menyebarkan maklumat yang benar kepada masyarakat di Arab Saudi. 

Turut hadir Anggota Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah. 

Dr Wan Azizah mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-14 yang berlangsung hari ini.

Persidangan itu, yang bertemakan ‘Sidang Kemuncak Makkah: Bersama-Sama menuju ke arah Masa Depan’ didahului dengan Mesyuarat Pegawai kanan pada 27 Mei dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar pada 29 Mei. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan