Econpile perolehi kontrak RM26.1 juta bagi WCity OUG [ 5m ago ]

Kronologi kejayaan Lee Chong Wei

Tarikh kemaskini: 13/06/2019
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Berikut kronologi kejayaan dicapai jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei sepanjang 19 tahun berkecimpung dalam arena badminton:

2003:

- Naib juara Terbuka Malaysia, Satelit India



2004:

- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Taiwan

- Naib juara Terbuka Singapura



2005:

- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Denmark

- Meraih pingat gangsa Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat



2006:

- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland dan Kejohanan Asia

- Naib juara Terbuka Taiwan, Terbuka Macau, Terbuka Hong Kong

- Meraih dua pingat emas Sukan Komanwel di Melbourne, Australia



2007:

- Juara Terbuka Indonesia, Terbuka Filipina, Terbuka Jepun, Terbuka Perancis

- Naib juara Terbuka China, Terbuka Hong Kong



2008:

- Juara Terbuka Malaysia, Siri Super Masters Akhir

- Meraih pingat perak Sukan Olimpik di Beijing, China

- Naib juara Terbuka Jepun, Terbuka Macau, Terbuka China

- Meraih gelaran ketujuh Kejohanan Grand Prix Kebangsaan



2009:

- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Switzerland, Terbuka Indonesia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Macau, Terbuka Hong Kong, Siri Super Masters Akhir

- Naib juara Terbuka Korea dan All-England



2010:

- Juara Terbuka Malaysia, Terbuka Korea, All-England, Terbuka Indonesia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Macau, Terbuka Jepun, Terbuka Hong Kong, Siri Super Akhir

- Meraih dua pingat emas Sukan Komanwel di New Delhi, satu perak Sukan Asia 2010 di Guangzhou, China



2011:

- Juara Terbuka Malaysia, All-England, Terbuka India, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Indonesia, Terbuka Perancis,

- Naib juara Terbuka Korea, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark

- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di London



2012:

- Juara Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Grand Prix Emas Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun, Terbuka Denmark,

- Naib juara All-England, Terbuka India, Terbuka Hong Kong,

- Meraih pingat perak Sukan Olimpik London 2012



2013:

- Juara Terbuka Korea, Terbuka Malaysia, Terbuka India, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun, Terbuka Hong Kong, Siri Super Akhir

- Naib juara All-England, Terbuka Denmark

- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Guangzhou, China



2014:

- Juara Terbuka Malaysia, All-England, Terbuka India dan Terbuka Jepun

- Naib juara Terbuka Korea, Terbuka Singapura

- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark



2015:

- Juara Grand Prix Emas Terbuka Amerika Syarikat, Grand Prix Terbuka Kanada, Terbuka Perancis, Terbuka China dan Terbuka Hong Kong

- Meraih pingat perak Kejohanan Dunia di Jakarta



2016:

- Juara Malaysia Masters, Terbuka Malaysia, Kejohanan Asia, Terbuka Indonesia dan Terbuka Jepun

- Meraih pingat perak Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil



2017:

- Juara All-England dan Terbuka Hong Kong

- Naib juara Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Siri Super Akhir



2018:

- Meraih satu pingat emas dan satu pingat perak Sukan Komanwel di Gold Coast, Australia



-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu