KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Dua anak syarikat tidak langsung Sime Darby Plantation Bhd menjual seluruh kepentingan ekuiti mereka dalam PT Mitra Austral Sejahtera kepada PT Inti Nusa Sejahtera dengan nilai RM123.1 juta.
Dua anak syarikat itu ialah PT Ladangrumpun Suburabadi dan PT Teguh Sempurna.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata penjualan tersebut dijangka tidak memberi sebarang kesan kepada pendapatan, aset bersih disatukan dan tahap kadar hutang disatukan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019.
Susulan penjualan itu, Mitra Austral Sejahtera bukan lagi anak syarikat tidak langsung kumpulan itu.
Syarikat tersebut, sebuah syarikat liabiliti terhad diperbadankan di Indonesia dengan modal berbayar sebanyak 1,350.0 bilion rupiah (1,000 rupiah=RM0.29), terlibat dalam penanaman kelapa sawit dan pemprosesan minyak sawit mentah dan isirung sawit.
Ia mempunyai tanah seluas 7,074.04 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit di Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial