KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan pada September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.
Beliau berkata kerajaan akan mempertimbangkan kategori levi pelepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan.
"Ia mungkin dilaksanakan selepas musim haji .... mungkin pada September.
"Bagaimanapun, semua cadangan akan diambil kira dan dibentangkan sebelum Kabinet membuat keputusan. Setakat ini belum ada keputusan, " levi lepasan berdasarkan kelas tiket penerbangan,” kata beliau kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.
Rang Undang-undang Levi Pelepasan 2019 telah diluluskan oleh Parlimen pada April, yang antara lain akan menyediakan peruntukan untuk mengenakan levi pelepasan ke atas mana-mana orang yang meninggalkan negara dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
Semasa membentangkan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mencadangkan supaya levi pelepasan dikenakan pada kadar RM20 seorang untuk penumpang yang terbang ke negara anggota ASEAN dan RM40 ke negara lain.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial