COLOGNE, 9 Julai (Bernama) -- Masjid Pusat Cologne di Jerman, yang terbesar di barat bandar itu, telah dikosongkan pada Selasa susulan ancaman bom yang dihantar menerusi e-mel, lapor agensi berita Turki Anadolu memetik para pegawai masjid.
Polis menyita jalan raya di kawasan Ehrenfeld di bandar itu dan mengosongkan kompleks Masjid Pusat Cologne, yang dikendali oleh kumpulan penaung Turki-Islam iaitu DITIB.
Ibu pejabat DITIB turut dikosongkan.
Jerman telah menyaksikan perkembangan Islamofobia sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang dicetuskan oleh propaganda parti dan pergerakan pelampau kanan.
Polis telah mencatat sejumlah 813 jenayah kebencian terhadap umat Islam tahun lepas, termasuk menghina, surat ugutan, serangan fizikal dan serangan ke atas masjid.
Jerman, sebuah negara yang mempunyai jumlah penduduk lebih 81 juta orang, mempunyai populasi Islam kedua terbesar di Eropah Barat selepas Perancis.
Antara hampir 4.7 juta umat Islam di negara itu, tiga juta adalah berasal dari Turki.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial