BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 DUNIA

Sekatan AS jejas industri pelancongan Cuba

12/07/2019 06:09 PM

HAVANA, 12 Julai (Bernama) -- Industri pelancongan Cuba mengalami kerugian US$38 bilion akibat sekatan hampir setengah abad oleh Washington, lapor agensi berita Xinhua demikian menurut Menteri Pelancongan Manuel Marrero pada Khamis.

Marrero berkata sekatan yang dikenakan Rumah Putih baru-baru ini, memaksa kementerian menurunkan sasaran pelawat kapal pesiar antarabangsa kepada 560,000 orang pada separuh kedua tahun ini. 

Pada Jun, pentadbiran Presiden Donald Trump meningkatkan sekatan perjalanan, melarang kapal pelayaran Amerika Syarikat dari belayar ke Cuba dan membatalkan perjalanan kumpulan pendidikan ke pulau Caribbean.

Menteri itu berkata meskipun sekatan berkenaan menyebabkan sasaran kedatangan pelancong menurun sebanyak 10 peratus, Cuba dijangka menerima sebanyak 4.3 juta pelawat asing pada 2019.

Bagi mengatasi kesan sekatan AS, pemimpin industri merancang untuk membuat dasar perniagaan pelancongan yang fleksibel untuk menarik lebih ramai pelabur dan mempromosi pelancongan dari negara lain, katanya.

Sektor pelancongan adalah sumber pendapatan asing utama bagi pulau itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan