AM

Kelab Rakan Kesihatan UTeM redah belantara kaji tumbuhan perubatan

12/07/2019 07:14 PM

MELAKA, 12 Julai (Bernama) -- Kelab Rakan Kesihatan (KRK), Pusat Kesihatan, Pejabat Hal Ehwal Pelajar,Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menganjurkan program Hiking KRK 2019 di Bukit Batu Lebah, Selandar, Melaka, baru-baru ini bagi tujuan mendedahkan para pelajar tentang ilmu-ilmu perubatan mengunakan tumbuhan di dalam hutan.

Penasihat Kelab KRK, Dr. Suriya Abu Kassim berkata selain itu program itu juga bertujuan membina kesedaran di kalangan pelajar mengenai kepentingan menjaga dan menghargai alam sekitar dengan baik.

Beliau berkata  pemilihan lokasi Bukit Batu Lebah, Selandar dibuat kerana keunikan sejarah dan kepelbagaian flora dan fauna yang terpelihara di situ kerana kawasan berkenaan masih lagi terpencil dan kurang pengunjung.

“Pelajar diperkenalkan mengenai pelbagai jenis tumbuhan hutan seperti pokok Akar Dawai, pokok Tapak Kuda, pokok Liana, pokok Ara dan pokok Tongkat Ali Hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kesihatan UTeM, Dr. Muhamad Fuzi Saidin menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan aktiviti seumpama ini kerana menurutnya program amat berguna kepada pelajar bagi mengenali dan mempelajari tumbuh-tumbuhan serta mengetahui tentang kebaikan dan kegunaannya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan