Australia´s expertise can help improve Malaysian value chain -- Darell [ 1m ago ]

Wartawan maut dalam serangan hotel di Somalia

Tarikh kemaskini: 13/07/2019
OTTAWA, 13 Julai (Bernama) -- Seorang wartawan Hodan Nalayeh adalah antara 10 yang terbunuh dalam serangan keganasan di sebuah hotel di Kismayo pada Jumaat, lapor CBC News.

Nalayeh dan suaminya, Farid Jama Suleiman maut selepas lelaki bersenjata menyerbu Hotel Asasey di Kismayo, lapor agensi berita Xinhua.

Pemberontak al-Shabab Somalia mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

Nalayeh dilahirkan di Somalia dan keluarganya berhijrah ke Kanada pada 1984 ketika berusia tujuh tahun.

Beliau menghabiskan sebahagian besar hidupnya dan mengembangkan kariernya sebagai wartawan di Kanada.

-- BERNAMA



       Berita Utama Terdahulu