Cheng Hoe harap skuad Harimau Malaya terus tampil kecemerlangan [ 38s ago ]

Pemain tenis no 1 dunia Novak Djokovic menang final lelaki perseorangan Wimbledon

Tarikh kemaskini: 15/07/2019
ANKARA, 15 Julai (Bernama) -- Pemain tenis nombor satu dunia Novak Djokovic meraih kejuaraan kategori lelaki perseorangan Wimbledon 2019 selepas menewaskan lawannya Roger Federer dalam aksi final pada Ahad yang berlangsung hampir lima jam, lapor agensi berita Turki Anadolu.

Djokovic menewaskan Federer dengan skor 7-6 (7-5), 1-6, 7-6 (7-4), 4-6 dan 13-12 (7-3) untuk memenangi merangkul kejuaraan Wimbledon kelimanya.

Pemain Serbia berusia 32 tahun itu sebelum ini memenangi kejohanan Wimbledon pada 2011, 2014, 2015 dan 2018.

Selain trofi Wimbledon, Djokovic membawa pulang hadiah wang sebanyak £2.35 juta (US$2.95 juta).

-- BERNAMA






       Berita Utama Terdahulu