EKONOMI

George Kent - Honeywell bekerjasama kembangkan perniagaan pemeteran

15/07/2019 07:10 PM

KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- George Kent International Pte Ltd (GKI), sebuah anak syarikat George Kent (Malaysia) Bhd telah memeterai perjanjian pelesenan jangka panjang dengan Honeywell untuk mengeluarkan komponen pengukuran meter air kepersisan tinggi bagi meter air isi padu C-Class V100 dan V110. 

Perjanjian itu juga merangkumi pemindahan mesin dan peralatan berkaitan.

Sekarang ini, kumpulan masih mengimport komponen pengukuran kepersisan serta pencatat Honeywell, yang kemudian dipasang dengan perumah tembaga yang dikeluarkan oleh kumpulan itu.

"Di bawah perjanjian berkenaan, kumpulan akan mengeluarkan komponen pengukuran, perumah tembaga dan memasang peralatan untuk menjadikannya sebagai meter air yang lengkap. Ini akan membolehkan kumpulan mengawal bekalan komponen dalam memenuhi permintaan yang semakin meningkat termasuk mengurangkan kos pengeluaran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Perjanjian pelesenan juga akan membolehkan kumpulan menjual produk-produk di bawah cap dagang GKM dan jenama George Kent secara eksklusif dalam 26 wilayah, termasuk 15 wilayah baharu di rantau Asia dan ini akan membuka peluang pertumbuhan.

"Perjanjian tersebut dijangka tidak mempunyai kesan material ke atas pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan semasa berakhir 31 Jan 2020, tetapi dijangka memberi sumbangan positif kepada perolehan kumpulan pada tahun-tahun akan datang," katanya.

--BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan