KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Coastal Contracts Bhd, menerusi dua anak syarikat milik penuhnya telah menjual empat unit kapal pada harga RM17 juta.
Kumpulan itu yang membina, membaiki dan menjalankan sewaan kapal marin berkata aliran perolehan daripada kontrak terbaru dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2020.
Kontrak itu dijamin oleh anak syarikat Pleasant Engineering Sdn Bhd dan Coastal International Marine Inc.
Pada Mei, Coastal Contracts mengumumkan keuntungan bersih belum diaudit sebanyak RM27.0 juta bagi tempoh kewangan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Mac, 2019, selepas mengalami kerugian bersih sebanyak RM583.10 juta pada tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun, 2018.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial