Pasangan kekasih ditahan disyaki sembunyikan kelahiran, buang mayat bayi [ 4h ago ]

Kenyataan penuh Istana Kelantan

Tarikh kemaskini: 16/07/2019
KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan Istana Kelantan berhubung gelaran Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau ´Queen of Kelantan´, hari ini.



KENYATAAN AKHBAR



Adalah dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun boleh digelar sebagai Permaisuri Kelantan, Raja Perempuan Kelantan, Sultanah Kelantan atau “Queen of Kelantan” tanpa sebarang pengumuman rasmi dari Istana Kelantan.



Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra adalah Tengku Mahkota Kelantan dan bonda Sultan Muhammad V, Yang Maha Mulia Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid digelar Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis.



Hanya pengumuman rasmi dari Istana Kelantan yang boleh diambil kira sebagai berita yang tepat dan boleh diterima pakai oleh rakyat dan pengamal media.



Pihak Istana menyeru supaya rakyat dan pengamal media tidak mudah terpengaruh dengan penyebaran maklumat yang tidak sahih di media sosial.



Sekian, terima kasih.



DATO’ NIK MOHD SHAFRIMAN BIN NIK HASSAN

DATO’ PERWIRA RAJA

Pengelola Istana D’Raja

Kelantan



-- BERNAMA





       Berita Utama Terdahulu