EKONOMI

Malindo Air sambung semula penerbangan ke Lahore Pakistan

16/07/2019 07:09 PM

KUALA LUMPUR, 16 Julai (Bernama) -- Malindo Air akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan lima kali seminggu ke dan dari Lahore, Pakistan mulai 18 Julai ini selepas negara itu memutuskan untuk membuka semula ruang udaranya.

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata penumpang yang memiliki tiket sah ke dan dari Lahore, dikeluarkan pada atau sebelum 16 Julai bagi perjalanan antara 28 Feb, 2019 dan 18 Julai, 2019 kini mempunyai pilihan untuk menukar tarikh perjalanan masing-masing, tertakluk kepada syarat tertentu.

Penumpang dinasihatkan menyemak status penerbangan mereka di www.malindoair.com atau menghubungi Pusat Panggilan Malindo Air di talian +603-7841 5388.

Mereka juga boleh ke kaunter tiket syarikat penerbangan itu untuk mendapatkan jadual penerbangan terkini.

Media melaporkan Pakistan telah menarik balik semua larangan penggunaan ruang udaranya bagi penerbangan awam, ini sekali gus membuka semula koridor transit udara utama di wilayahnya setelah hampir lima bulan ditutup berikutan ketegangan ketenteraan dengan negara jiran di sebelah timurnya, India.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan