EKONOMI

Saham, waran Vortex naik selepas peroleh lesen kendali perniagaan pembrokeran wang luar pesisir

17/07/2019 11:48 AM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Saham Vortex Consolidated Bhd naik 5.12 peratus kepada 20.5 sen dalam dagangan awal pagi ini selepas syarikat itu memperoleh kelulusan daripada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (LFSA) untuk menjalankan perniagaan pembrokeran wang luar pesisir.

Pada 9.58 pagi, 20.94 juta saham diniagakan.

Waran Vortex juga meningkat sebanyak setengah sen kepada 7.5 sen dengan 11.82 juta unit bertukar tangan. 

Sementara itu, syarikat tersebut juga berkata kelulusan itu disertakan dengan syarat-syarat biasa yang dikenakan ke atas pemegang lesen. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan