EKONOMI

Boustead Plantations lantik ahli lembaga pengarah baharu

17/07/2019 02:04 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Boustead Plantations Bhd (BPB) melantik lima ahli lembaga pengarah baharu berkuat kuasa 22 Julai.

Empat pengarah bebas bukan eksekutif yang dilantik terdiri daripada Tan Sri Aziah Ali, Datuk Syed Tamim Ansari Syed Mohamed, Datuk Chan Kong Yew dan Datuk Ahmad Rizal bin Abdul Rahman.

Datuk Seri Ghazali Mohd Ali pula dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas.

Dalam kenyataan hari ini, BPB berkata ahli lembaga pengarah baharu ini memiliki bakat dan kaya dengan pengalaman.

"BPB yakin latar belakang dan kepakaran mereka yang pelbagai akan memajukan lagi kumpulan itu pada masa depan," katanya

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan